Follow by Email

Tuesday, January 27, 2015

Guru adalah role model

Bismillah,

Guru adalah role model pada anak-anak didik. Segala perkataan, tuturkata dan tingkahlaku akan menjadi ikutan. Maka sebagai guru, kita perlu tahu bagaimana mempamerkan perkara yang positif agar ia bakal ditiru secara tidak langsung oleh anak-anak didik.

Segelintir kita tidak sedar apabila berbuat silap dalam menuturkan kata-kata, hingga adakala anak-anak didik menggunakan perkataan tersebut baru kita sedar. Contohnya bahasa yang kasar, lucah, mencarut atau mencela perlu dijauhkan sama sekali.

Bagi memastikan kita dapat mempraktikkan kata-kata yang baik maka ia bermula dari pemikiran. Asuh cara berfikir yang positif maka secara langsung ia akan lahir pada perkataan.


KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIR!

No comments:

Post a Comment